Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 7 Issues: 45 [December, 2022]
FAKTOR PENYERTAAN B40 DALAM SEKTOR EKONOMI FORMAL DAN TIDAK FORMAL DI MALAYSIA
Volume: 7 Issues: 45 [December, 2022]
Dayangku Aslinah Abd. Rahim, Siti Hajar Samsu, Beatrice Lim , Roslinah Mahmud , Khairul Hanim Pazim , Cyreel Ovyenne Oneh
Kajian ini membincangkan tentang penglibatan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (yang dikenali sebagai B40) dalam sektor ekonomi di Malaysia. Secara khusus, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan kumpulan isi rumah B40 dalam sektor ekonomi formal dan tidak formal di Malaysia. Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperolehi daripada laporan-laporan yang diterbitkan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Statistik Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Selain itu, maklumat daripada jurnal, buku rujukan dan juga artikel berita turut diperoleh sebagai data sokongan di dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti jaminan kerja, skim faedah persaraan, perlindungan sosial, kemudahan pinjaman serta gaji/insentif mempengaruhi penyertaan kumpulan B40 di dalam sektor ekonomi formal manakala faktor-faktor seperti tahap pendidikan rendah, peningkatan kos sara hidup, peluang pekerjaan, minat dan fleksibiliti pula mempengaruhi masyarakat ini untuk menyertai sektor ekonomi tidak formal di Malaysia. Hasil kajian juga mendapati bahawa golongan isi rumah B40 lebih tertumpu kepada sektor ekonomi tidak formal walaupun wujud keinginan untuk terlibat dalam sektor ekonomi formal. Berdasarkan daripada hasil kajian ini, adalah dicadangkan agar pihak kerajaan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi formal di samping mewujudkan perlindungan sosial kepada pekerja sektor ekonomi tidak formal.